Kawan-Kawan

Saturday, June 01, 2013

Masak Lemak Cili Api - 2





Bab 2

Aku garu-garu kepala yang tiba-tiba je rasa gatal. Cakap Yana tadi betul-betul mengganggu-gugat ketenangan dalam diri. Eh, gelinya bahasa. Tapi itulah, memang terganggu sungguh rasanya. Jadi tak senang duduk.

“Kau ni biar betul, Yana. Aku tak silaplah. Aritu memang Encik Sam cakap 27 haribulan kena hantar laa… siap tulis kat board lagi hari tu, tau?”

“23 lah. Kau silap tengoklah tu.” Balasnya. Aduih. Janganlah buat gila macam ni. Manalah sempat aku nak siapkan kalau lusa ni nak kena hantar. Kertas A4 pun aku tak beli lagi. Binding cover pun belum ada. Eh, binding cover boleh beli masa nak pegi binding nanti. Yang penting sekarang kertas A4. Suwey betul.Time-time emergency macam ni lah dia nak habis. Aku baru ingat nak beli sekali dengan barang-barang lain hujung minggu ni. Isk…

“Kau ada tanya orang lain tak? Kau jangan bagi aku kalut sorang-sorang je.” Tak puas hati lagi ni. Betullah hari tu aku dengar sendiri Encik Sam cakap 27haribulan, siap tulis kat whiteboard kat depan.

“Aku tanya dengan Encik Sam sendiri tadilah. Aku call dia. Mula-mula dia macam tak ingat, lepas tu dia cakap ye, 23.”

What?? Yana, kau jangan buat kepoh dekat dia camni boleh tak? Gaaahhhh!!” Aku tarik-tarik rambut. Tension ok dapat member blur macam ni? Nasib baik kawan, kalau tak, memang aku kasi flying kick free-free je. Aku tengok jam loceng atas meja, baru nak pukul lapan setengah. Ok, kedai Pak Din depan sana tu bukak lagi ni. Harap-harap adalah kertas A4. Atau paling senang, project paper yang blank dah siap binding tu. Beli dua oklah tu, satu takut tak cukup pulak. Nak harap pegi Mydin ke, mall ke, kang lambat pulak. Esok dahlah masuk kerja pagi. Heh.

“Oklah. Aku nak siapkan kerja dia ni. Bye.” Terus putuskan talian. Kelam kabut capai tudung bawal kosong dan kunci skuter atas meja.

“Wani! Aku pegi kedai kejap!” Tak sempat nak brek dah, aku melaung aje sambil pakai helmet. Lompat naik atas skuter dan start enjin. Heyyyyy~~~ Kudaku lari gagah beraniii~~

“Assalamualaikum. Sorry Bah, Along banyak gheja kat workshop harini.” Terhenti tangan ni membelek project paper yang ada bila terdengar suara tu. Aku terus berdiri dan mengintai dari balik rak. Heh, mamat kurang asam gelugor tu anak Pak Din rupanya. Selama aku duduk sini tak pernah pulak aku tau Pak Din ada anak lelaki. Aku ingat si Insyirah dengan Amirah aje anak dia. Tak sangka betul. Ecewah, macamlah dah lama sangat aku duduk sini. Padahal baru dua bulan lebih. Heh.

“Hang tak balik tukaq baju dulu ka?” Pak Din tanya anak dia. Yelah, takkan tanya aku pulak, kan?

“Satgi dah balik malaih nak mai dah. Dah letih.” Dia sengih. Timbul lesung pipitnya. Isk, comel betul… eh, tak! Tak comel langsung!

“Oklah, abah balik dulu. Hang nak makan dak? Nak abah bawak mai?”

“Takyah lah. Along makan dah kat ofis tak sat nih.” Dah ofis pulak? Tadi kata kat workshop banyak kerja? Ah, spin cerita ajelah kau ni mamat. Aku perati je dari balik rak. Dressing dia macam technician je. Dengan jaket tertera nama syarikat di belakang. Jaket warna biru gelap, ada garis pantul cahaya warna silver, berlengan panjang, tapi dah dilipat jadi tinggal three quarter. Tak dibutang, dibiar lepas. Di dalamnya sehelai t berkolar warna biru cobalt. Dipadankan pula dengan seluar cargo warna biru gelap. Nampak macho gila. Eh, aku tak tergoda ok? Tak kuasa. Huh.

Aku terus capai dua bungkusan project paper yang sama warna dan bawa ke kaunter. Dia yang baru je duduk, angkat muka memandang tepat ke mukaku dan menarik senyum segaris. Tak comel langsung ok lesung pipit kau tu, sila simpan!

“Hang baru form three eh? Ada gheja kursus eh?” Dia gelak. Memang sungguh kurang asam gelugor tau dia nih. Rasa nak je aku tolong lumur dengan pati asam jawa tu. Geram. Meh nak kasi jelingan maut satu kali.

“Argh! Sakitnya! Tajam menikam!” Dia pegang dada, kemudian gelak lagi. Memang mencabar tahap kesabaran aku betullah dia ni. Aku pergi ke rak rempah, capai sesuatu dan kembali. Sebekas pati asam jawa aku letak atas kaunter. Dia tayang muka pelik. Aku tengok tanda harga pada bungkusan project paper, kali dua dan keluarkan duit ngam-ngam jumlahnya. Aku ambil project paper dan letak duit atas kaunter. Bekas pati asam jawa tu aku tolak ke arah dia.

“Awak ni kurang asam betul. This would do you good.” Dan terus berlalu pergi. Dalam hati dah dah ketawa guling-guling turun bukit. Huh. Puas hati aku.

* * * * * * * * * 
Post a Comment