Kawan-Kawan

Thursday, May 30, 2013

Masak Lemak Cili Api - 1



Bab 1

“Lekaih! Lekaih! Oghang nak katup kedai dah ni. Lekaih!”

Chiss! Kot ye pun sabar-sabarlah sikit. I still have about half an hour, ok? Kat luar tu terang-terang tulis tutup pukul sebelas. Ni baru sepuluh suku dah kecoh. Chiss kau! Meh nak kasi jelingan maut sikit.

“Takdak cedeghanya aku ni hang duk jeling-jeling lagu tu. Sihat walepat liat jaa lagi ni haa… Dah, lekaih, lekaih. Aku nak katup kedai dah ni.”
Oh man, seriously you’re damn annoying. Will you please just shut up? Meh bagi jelingan maut sekali lagi. Memanglah tak cedera, but at the very least you know how I feel about you. Huh!

“Cik adik, tolonglah. Aku ni dah letih sangat dah ni. Hang boleh pedeghaih sikit dak ambik barang?” Pandai pun ubah tona suara kasi turun sikit.Tak adalah terasa annoying sangat. Anyway, nah ambik senyum kelat aku nih.

Sorry ye, tapi saya tak jumpa sabun Breeze ni. Dah habis stok ke?” Dia kerut dahi, macam nak bercantum kening lebatnya tu. Dah macam ulat bulu je aku tengok gerak-gerak macam tu. Hahahahah :P

“Kat tempat sabun basuh banyak-banyak tu takdak?”Aku geleng. Dah tengok tadi. Jenama lain adalah. Yang aku nak tu jugaklah yang tak ada.

“Habih dah laa tu kot. Mai esoklah, insyaAllah ada dah.” Tona suaranya dah makin lembut. Haa… macam tu kan bagus. Tak adalah sakit sangat hati aku mendengarnya.

“Dalam stor pun takde eh?” Saja tanya, cuba nasib. Sabun basuh kat rumah dah habis. Kalau tak beli malam ni dan basuh baju malam ni, alamatnya lusa aku tak ada uniform nak pakai pegi kerja.

“Tak taulah.Belum buat stock check.Tunggu esoklah, boleh dak? Dah lewat ni.” Tona suara dia berubah balik. Cheh, tanya sikit je pun nak melenting. Macam kan perempuan pulak. Huh.

“Ok, ok, kejap.” Aku pergi ambil sabun basuh baju paket paling kecil, jenama paling murah. Esok mesti kena dapatkan jugak sabun idaman hati tu. Ini sementara je, emergency punya pasal.

“Singgit je.”Sebutnya ringkas.Aku seluk poket, sekeping not ungu kuhulurkan. Mata dia dah macam nak terkeluar dari soketnya.

“Ya Allah! Hang ni memang saja nak melambat-lambat ka apa nih? Seringgit jaa pun, takkan takdak duit pecah langsung?”Aku geleng.Memang tak ada.Dah habis buat beli tiket tren tadi. Cucuk kat bank pun, duit itulah yang dikeluarkan. Duit sepuluh-sepuluh pun takde. Syiling apatah lagi.

“Takpalah, hang ambik jaa sabun tu. Aku kasik free. Aku nak katup kedai dah ni. Dah, keluaq, keluaq.” Amboih, halau terus. Takde budi bahasa, tak mesra pelanggan langsung mamat ni. Kalau ikut kepala jahat aku, memang dah ambik je, terus blah.Dia yang nak kasi free, bukan aku mintak pun. Tapi sebab rasa macam, eh, aku bukan miskin pun sampai boleh layak dapat sedekah macam ni.

“Saya tak nak free. Saya boleh bayar.” Aku buat keras kat depan kaunter tu. Dia pegi tarik sebelah roller shutter turun. Pergh! Macam bunyi guruh! Seram aku. Tapi muka mesti maintain cool. Dia datang balik dengan besi penarik roller shutter tu. Ditolaknya belakang badan aku dengan besi tu sampai kat luar.

“Sakitlah! Apa ni?” Kurang asam gelugor punya mamat. Dia buat dek, pergi tutup lampu dan terus tarik roller shutter sebelah lagi turun. Selesai pasang solex, dia pusing mengadap aku dan senyum. Eh, ada lesung pipit kat pipi kiri. Comelnya… Eh? Tak! Tak comel langsung!

“Ha, dah. Pi balik dengan sabun tuh. Kalau hang nak bayaq, esok hang bayaq sekali dengan sabun idaman hati hang tu, ok? Aku nak balik.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Refleks. Dah dibiasakan dari kecil, kalau ada orang bagi salam mesti wajib jawab, sebab memang wajib hukumnya menjawab salam.

“Dah, kenapa duk tercegat lagi tang tu? Pi lah balik.” Arahnya. Aik? Tadi dia yang kata nak balik sangat, bukan aku. Dialah pegi dulu, sibuk pulak. Huh!

“Tak cantik ok muncung itik hang tu. Dah lekaih, lekaih, lekaih. Aku letih dah ni.” Ya Allah, apasallaa mamat ni annoying sangat. Macamlah dia sorang je penat. Aku pun letih, ok?

“Awak yang nak balik sangat. Balik ajelah. Sibuk je pasal saya apasal?”

“Pasal hang tu perempuan. Ni dah lewat malam. Hang pulak last customer, kenalah aku pastikan hang selamat pergi dari sini. Sat lagi jadik apa-apa ka, dah jenuh pulak aku nak kena menjawab dengan polis ka, apa ka.” Oh, sweet lah pulak tetiba *sarcasm*

“Cheh. Selamatlah sangat. Yang pegi tolak dengan besi tu, selamat sangatlah tu? Sakit tau tak?” Protes. Protes.

“Habis? Nak tolak pakai tangan? Takpalaa… Api kat dunia ni pun aku tak tahan hangat dia, apa lagi api kat neraka sat gi.”Dusyumm!! Berdesing telinga mendengar. Fuh, tazkirah free di malam hari. Tak pasti nak jawab apa, aku mula melangkah mendapatkan skuter tersayang.

“Yelah. Terima kasih. Esok saya bayar.” Dia senyum segaris dan angguk. Aku start enjin dan terus beredar. Balik cepat supaya boleh basuh baju cepat kemudian boleh tidur cepat. Letihnya hari ni…


* * * * * * * *

Footnote : Tajuk MLCA vs. GK telah dipendekkan jadi MLCA sahaja. Re-branding. Takde masalah, kan? :)

9 comments:

Anonymous said...

bila nak release novel ni??
xsabar nak bce... :(

Syah Shah said...

@anonymous : Tak pastilaa bila.. Hoho~

meeka42 said...

best!!

Syah Shah said...

@ilman_nafi@ : Terima kasih. :)

kak na said...

ni yg edited ke

Syah Shah said...

@kak nan : TAk. Yang edited hanya yang bercetak nanti... tapi tak banyak pun saya edit. sikit je.. heheheh :D

aunee chot said...

eh gi tu plk..
dh sedap2 tarok hat lm np tukaq plk dah??

cpt2 la terbitkn xsbaq nk p serbu kdai bku ni . . ^_^ (wajib beli)

strawberry.chocolate81 said...

adehhhh....terpendek la plak rasanya hahahha

Syah Shah said...

@aunee chot : Pendekkan sebab publisher kata kalau panjang2 sangat nanti kecik je tulisan kat cover, orang tak nampak dari jauh. haha~ :D

by the way, harap sabar menunggu dalam masa beberapa bulan ni eh? :)





@strawberry.chocolate81 : Bab2 awal memang pendek-pendek.. hahahahah :D