Kawan-Kawan

Saturday, June 08, 2013

Masak Lemak Cili Api - 3




Bab 3

“Adoilah Binnu, kau boleh tak jangan buat spekulasi yang bukan-bukan macam gini? Boleh kena heart attack ok?” Aku dah gelak kaw-kaw dengan Yana dan Pika. Binnu ikut gelak juga kemudiannya.

“Bukan aku yang cakap. Diorang yang cakap, lah. Aku tolong sampaikan aje.” Sambungnya. Aku urut-urut dada, cuba berhenti ketawa. Dulu ustaz pesan tak elok gelak banyak, nanti hati jadi gelap.
“Tak agak-agak betullah budak-budak tu.” Aku sedut teh o ais limau yang masih berbaki separuh gelas. Yana kat sebelah angguk-angguk je mengiyakan.

“Kalau macam tu, aku tak cukup kuota lagi ni. Lagi sorang lagi nak carik siapa?” Hahahah. Aku gelak semula. Alamak, sorrylah ustaz, tak boleh tahan, kelakar sangat hal ni. Tak masuk dek akal langsung.

Ada ke patut budak-budak lelaki dalam kelas tuduh aku pengkid? Pengkid pakai tudung ke? Tolonglah. Tomboy tu aku boleh terima lagi. Dahlah kena tuduh pengkid sebab dressing macam lelaki kecuali tudung, dituduh pulak couple dengan Yana. Sebabnya? Sebab aku dengan Yana gila kontras berbeza sifat, tapi sangat rapat. Aku sentiasa bert-shirt longgar lengan panjang atau kemeja longgar dengan seluar jeans atau khakis, dan Yana pulak tak pernah lekang dengan baju kurungnya. Bila berjalan sentiasa berpegang tangan, atau Yana akan berpaut pada lengan aku. We are tight, macam belangkas. Mana ada Yana, mesti ada aku. Mana ada aku, mesti ada Yana.

Lepas tu bebudak tu salahkan aku sebab Yana tak layan bila diorang mengurat. Bongok tau? Yana tu dah ada boyfriend kat luar, tu pasal dia tak layan korang, tau? Aku adalah innocent dalam ini cerita.

Yang bab pegang tangan tu, Yana lah yang start dulu masa mula-mula kenal dulu, lebih kurang setahun setengah yang dulu. Tiap kali berjalan tak kiralah pegi kafe ke, pegi mall ke, pegi surau ke, library ke, dia suka berpegang tangan. Mula-mula dulu aku rimas jugak. Tapi bila dah lama, jadi lali, jadi kebiasaan. Sekarang kalau jalan dengan dia, kalau dia tak tarik tangan aku, aku yang tarik tangan dia. Heh. Baiklah, aku ada sedikit bersalah dalam ini cerita... 


“Bin, lain kali kau cakap je sekarang tengah carik yang nombor empat. Kalau diorang ada adik perempuan, aku dengan Yana nak tolong pinangkan.” Kata-kata Pika mengundang tawa bergegak gempita lagi. 

Tak boleh blah betul budak-budak tu. Ini sebab dalam kelas memang kitorang je perempuan, yang lain semua lelaki. Memang tak ramai pun budak Graphic macam budak IT atau Multimedia, tapi tetaplah boleh bergaduh berpuak-puak. Takdelah puak-puak mana pun. Sekadar ada tiga kelompok saja. Dan of course, girls always stick together lah obviously. Dah ada pun empat ketul tu ajelah. Nasib baik semua boleh ngam. Kalau tak, naya ok?

“Dahlah, dahlah. Tak baik ok gelak banyak-banyak. Kang gelap hati kang. Binnu takpelah, tak terbabit.” Binnu sengih je, tayang barisan giginya yang putih. Budak Malayalam ni memang comel sangat. Dahlah takde rupa macam India, cakap Melayu pun fasih sangat. Geram aku tengok. Nasib baik aku perempuan. Hahahah

“Wei, lepas ni kelas Puan Ruzaini kan? Cepat, cepat. Kang masak nak menjawab kalau lambat ni.” Cepat-cepat aku habiskan menyedut teh o ais limau. Fuuuhhh~~ Brain freeze sekejap. Selesai, aku sandang beg dan angkat folder plastik. Kalau kelas Puan Ruzaini memang semua kena cepat. Lambat seminit aje pun boleh mengundang hukuman yang maha berat. Hui~ tak sanggup aku...

* * * * * * * *
Post a Comment